Rentetan dari Pesta Muzik Peringkat Daerah Port Dickson yang diadakan pada sebelum cuti sekolah penggal pertama yang lalu, pihak sekolah telah menghantar pasukan Rekoder Ensembel dan Nyanyian Solo Perempuan untuk mewakili daerah Port Dickson di peringkat Negeri yang diadakan di SMK Kompleks KLIA pada 20 Jun 2012.
Berikut adalah keputusan untuk acara yang diwakili oleh SKTK;
Rekoder Ensembel : JOHAN
Nyanyian Solo (P) : NAIB JOHAN
Sehubungan dengan itu, pasukan Rekoder Ensembel sekolah akan mewakili Negeri Sembilan di peringkat Kebngasaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan.
Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat yang diketuai oleh En. Mohd Nor bin Wahab selaku Ketua Panatia Muzik dan Kewarganegaraan.
Pasukan Rekoder Ensembel, Nyanyian Solo Perempuan dengan guru pembimbing |
Ketua Pasukan Rekoder Ensembel menerima hadiah dari tetamu jemputan |