Tuesday 26 June 2012

Keputusan Pesta Muzik Peringkat Negeri 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Rentetan dari Pesta Muzik Peringkat Daerah Port Dickson yang diadakan pada sebelum cuti sekolah penggal pertama yang lalu, pihak sekolah telah menghantar pasukan Rekoder Ensembel dan Nyanyian Solo Perempuan untuk mewakili daerah Port Dickson di peringkat Negeri yang diadakan di SMK Kompleks KLIA pada 20 Jun 2012.

Berikut adalah keputusan untuk acara yang diwakili oleh SKTK;

Rekoder Ensembel  : JOHAN


Nyanyian Solo (P)    : NAIB JOHAN

Sehubungan dengan itu, pasukan Rekoder Ensembel sekolah akan mewakili Negeri Sembilan di peringkat Kebngasaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat yang diketuai oleh En. Mohd Nor bin Wahab selaku Ketua Panatia Muzik dan Kewarganegaraan.

Pasukan Rekoder Ensembel, Nyanyian Solo Perempuan dengan guru pembimbing

Ketua Pasukan Rekoder Ensembel menerima hadiah dari tetamu jemputan

:: Minggu Kemahiran Hidup ::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula hari Isnin yang lepas, bersamaan dengan 25 Jun 2012 sehingga 29 Jun 2012 telah bermula Minggu Kemahiran Hidup.

Banyak acara telah dirancang oleh Panatia Kemahiran Hidup yang diketuai oleh Pn. Hjh. Latifah diantaranya adalah Lawatan Sambil Belajar ke Pameran MAHA 2012 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Bekas Tapak Kem Paroi berdekatan dengan Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR).

Lagi aktiviti yang diadakan sepanjang minggu KH ini akan dikemaskini kemudian.

Saturday 12 May 2012

Pesta Muzik Peringkat Daerah PD 2012 : Keputusan Penuh

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pada tahun ini, SKTK telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan acara Pesta Muzik Peringkat Daerah PD pada 12 Mei 2012 (Sabtu). Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa telah dirangka untuk memastikan pesta yang menampilkan beberaoa acara ini berjalan dengan lancar dan baik.

Sebanyak 5 acara dipertandingkan dengan sebuah acara dijalankan lebih awal iaitu Kompang Berformasi pada hari Rabu bersamaan 9 Mei 2012.

Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tuan Pegawai PPD Port Dickson, Muhammad Azwar I'qbal bin Tahir.

Berikut adalah keputusan rasmi Pesta Muzik Peringkat Daerah Port Dickson 2012;

KOMPANG BERFORMASI

Johan : SK Pasir Panjang
N. Johan : SK Telok Kemang
Ketiga : SK Linggi

TARIAN


Johan : SK Si Rusa
N. Johan : SK Port Dickson
Ketiga : SK Jimah Baru

RECORDER ASSEMBLE 


Johan : SK Telok Kemang
N. Johan : SK Panglima Adnan
Ketiga : SK Lukut

KOIR


Johan : SJK (C) Chung Hwa, Port Dickson
N. Johan : SK Telok Kemang
Ketiga : SK Linggi

NYANYIAN SOLO (L)


Johan : SK Si Rusa
N. Johan : SK Telok Kemang
Ketiga : SK Port Dickson

NYANYIAN SOLO (P)


Johan : SK Telok Kemang
N. Johan : SK Port Dickson
Ketiga : SK Kg. Gelam

Akhir sekali sekalung penghargaan dan tahniah kepada murid yang telah mewakili sekolah pada tahun ini. Bagi mereka yang tidak berjaya pada kali ini diharapakan teruskan usaha untuk meningkatkan lagi prestasi pada tahun akan datang. Tahniah kepada pemenang dan yang akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

Terima kasih kepada semua barisan guru-guru, staff sekolah, pihak penaja dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini dengan sempurna..

(Gambar akan dimasukan kemudian.Terima Kasih)

Thursday 10 May 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bermula 7 sehingga 11 Mei 2012 (Isnin-Jumaat) , semua murid di SKTK akan menempuhi minggu peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan kali ini melibatkan semua murid termasuk murid di aliran KSSR.

Jadual peperiksaan telah diedarkan pada minggu lepas. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan guru kelas.

Ibu bapa dinasihatkan agar memastikan kehadiran murid ke sekolah pada minggu peperiksaan berjalan dengan baik.

Catatan : Kertas Bahasa Arab/Bahasa Cina Tahap 1 terpaksa ditunda ke waktu atau hari yang lain bagi memberi laluan kepada Acara Kompang Formasi sempena Pesta Muzik Daerah PD yang berlangsung di Dataran Perhimpunan SKTK jam 2.45 petang.

---------------

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KELAS AGAMA PETANG (KAP)

Peperiksaan bagi KAP pula akan dijalan serentak selama 2 minggu bermula minggu hadapan iaitu 14 Mei 2012 sehingga 24 Mei 2012. Jadual peperiksaan bagi murid sesi pagi dan petang telah diedarkan.

Ujian Lisan akan dijalankan pada 14 - 17 Mei 2012
Ujian Bertulis akan dijalankan pada 21 - 24 Mei 2012

Bagi murid yang masih belum menerima jadual peperiksaan sila rujuk pada guru kelas atau Ust Azam (Murid Sesi Petang) dan Ust Adam (Murid Sesi Pagi)

Semua murid diharapkan agar dapat menghadirkan diri pada hari peperiksaan berikut tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kuat.

Semoga semua murid akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini..

Sunday 6 May 2012

Minggu Guru Penyayang Peringkat Sekolah

Bermula 30 Mei 2012 bermulalah kempen Minggu Guru Penyayang yang telah dilancarkan di peringkat sekolah oleh tuan guru besar, En. Hamzah bin Jantan semasa perhimpunan mingguan sekolah.

Ketua Murid dan Ketua Murid meniup dan memotong kek simbol perasmian Minggu Guru Penyayang

Pelbagai acara dan program telah dirancang dan akan dilaksanakan dibawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTK iaitu En. Mohd Nizam, Pn. Kamariani Suati dan juga Pn. Umi Kalsum..

Saturday 5 May 2012

Chess Tournament 2012 : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pasukan Chess  sekolah di bawah bimbingan Teacher Norazwina dan Cikgu Asnah telah memenangi beberapa kategori di dalam Pertandingan Chess Peringkat Daerah Port Dickson.

KEPUTUSAN PENUH

JOHAN : SK Telok Kemang
NAIB JOHAN : SK Chuah
KETIGA : SK Kg. Baru Sirusa

Berikut adalah senarai peserta sekolah yang telah memenangi beberapa kategori;

Kategori Lelaki;

Johan : Muhd Aiman (6Elit)
Naib Johan : Kamilhakim (5Elit)

Kedua-dua peserta ini akan mewakili daerah PD ke peringkat negeri.

Kategori Perempuan;

Naib Johan Berkumpulan (Tewas kepada SK Chung Hwa)

Naib Johan Perseorangan : Melissa Nabila Ayu (5Elit) - dipilih mewakili daerah PD ke peringkat negeri.

Kejohanan Bola Baling MSSD Port Dickson 2012 : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SK Telok Kemang kerana telah mengungguli kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan B-12.

Pasukan sekolah telah berjaya mendapat JOHAN sekaligus menewaskan pasukan pilihan iaitu SK Pasir Panjang.

Sekalung tahniah kepada semua murid yang terlibat terutamanya jurulatih merangkap guru pembimbing iaitu Pn. Azura Abd Aziz dan Pn. Siti Saideh kerana telah bertungkuns lumus di dalam memastikan kejayaan pasukan sekolah.

TAHNIAH..

English Carnival Peringkat Daerah PD 2012: Keputusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Program English Carnival peringkat daerah Port Dickson yang telah berlangsung di SK Port Dickson yg lalu. Sehubungan dengan itu, SK Telok Kemang telah berjaya merangkul beberapa tempat di dalam karnival tersebut.

Antaranya, Pasukan Action Songs telah berjaya menempah tiket ke Peringkat Negeri apabila mendapat JOHAN pada acara tersebut. Dibawah pimpinan Teacher Hafizan Adnan dan dibantu oleh Teacher Zanariah Kamaruzaman dan beberapa orang guru Muzik seperti Cikgu Mohd Nor dan Cikgu Norainni, pasukan yang terdiri daripada 15 orang murid tahun 3 itu telah memberikan satu persembahan yang cukup mengagumkan.

Berikut adalah senari 15 orang peserta dari Pasukan Action Songs.

1. Siti Nur Aishah Bt Rohimi
2. Khairunnisa Bt Baba
3. Noor Balqis Bt Jamaluddin
4. Nurul Syafiqah Bt Nazzrol Hisham
5. Ellaine Ariefah Bt Mohd Arif
6. Nisrina Naifah Bt Idham
7. Liyana Syaza Bt Othman
8. Dania Nur Ceycilia Bt Mohd Azuwan
9. Nur Farah Diyanah Bt Mohd Asri
10. Ainy Syerina Bt Zulkefli
11. Nur Balqis Bt. Ahmad Yatim
12. Nur Izureen Sofea Bt Zulkarnain
13. Elwin Bin Fardiman
14. Muhamad Hairi Afiq Bin Hair Izwan
15. Syed Akhmal Harris Bin Syed Hasmadi

Seorang peserta bagi acara Spelling Bee juga berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri apabila mendapat tempat keempat (5 orang peserta terbaik daerah akan ke peringkat negeri)

English Carnival Peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di SMK Mambau pada 19 Mei 2012.

Tahniah untuk semua pemenang.

Saturday 7 April 2012

Ragbi MSSMNS 2012 : Keputusan Penuh

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pada minggu yang lepas, pihak sekolah telah menghantar seramai 12 orang pelajar ke Kejohanan Ragbi MSSMNS 2012 dan diiringi oleh 3 orang guru pengiring. Kejohanan telah berlangsung selama 3 hari bermula 4 hingga 6 April 2012 di SK Senawang, Seremban dan majlis penutup di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban. 

Berikut adalah senarai kontinjen ragbi sekolah;

1. Muhammad Syafiq Akmal bin Azmi (6E) - Kapten
2. Muhammad Izzudin bin Abd Razak (6D)
3. Mohamad Khairi bin Mohamad Zahari (6E)
4. Adam Ariff bin Alias (6A)
5. Muhamad Adam Hafiz bin Mohd Azizi (6A)
6. Muhd Syafiq Syazani bin Mazlan (6B)
7. Muhamad Amirul Hakimie bin Fariz (5D)
8. Muhamad Aqeel Danish bin Azlin (6B)
9. Muhammad Hafizan bin Fadhil (6A)
10. Danish Haziq bin Irma Khairul Nizar (4I)
11. Muhamad Syukri bin Mohd Nor (6D)
12. Muhammad Faiz Farhan bin Edree Sham (4C)

Pengurus Pasukan : Ustaz Zulhisham bin Mohd Nor
Pen. Pengurus Pasukan : Cikgu Mohamad Riduan bin Zanil Abidin
Jurulatih : Ustaz Mohd Adam-Zurairi bin Mohd Rawi

SKTK telah diundi di dalam Kumpulan D bersama dengan 4 buah sekolah yang lain.Berikut adalah senarai penuh keputusan perlawanan yang melibatkan SKTK.

PERINGKAT KUMPULAN

1. SKTK vs SK Ulu Beranang (52 - 29)

2. SKTK vs SK Sg. Merchang (85-14)

3. SKTK vs SK Undang Jelebu (67 - 32)

4. SKTK vs SK Pelangai (75 - 34)

Johan Kumpulan : SK Telok Kemang
Naib Johan Kumpulan : SK Undang Jelebu

PERINGKAT SUKU AKHIR

5. SKTK vs SK Senawang (57 - 15) *layak ke Cup

PERINGKAT SEPARUH AKHIR CUP

6. SKTK vs SK Tunku Besar Tampin (39 - 53)
*selepas 30 minit perlawanan berlangsung, ianya terpaksa dihentikan disebabkan faktor keselamatan kerana kilat dan petir. SK TBS diberikan kemenangan mengikut mata semasa selepas 30minit perlawanan dijalankan.

PENENTUAN TEMPAT KE-3 DAN KE-4 CUP

7. SKTK vs SK Sg. Kelamah (markah rasmi tidak diperolehi dan SK Sg. Kelamah menang dengan jarak mata 10)

Secara keseluruhan, prestasi pasukan ragbi sekolah telah meningkat berbanding dari tahun lepas iaitu Naib Johan Plate (Tempat ke-6)

Berikut adalah senarai keputusan penuh Kejohanan Ragbi MSSMNS 2012;

Kategori Cup

Johan : SK Undang Johol
Naib Johan : SK Tunku Besar Tampin
Ketiga : SK Sg. Kelamah
Keempat : SK Telok Kemang


(Sila klik pada gambar untuk zoom in)

Kontinjen SK Telok Kemang

Kapten pasukan menerima medal dari Tn. Hj Amir Sharifudin (Bhgn Unit Sukan JPNNS)

Pemain dan guru pengring

Sesi memanaskan badan terpaksa dilakukan di bawah khemah kerana hujan lebat yan turun sejak awal pagi




Saturday 31 March 2012

MTAQ 2012 : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Majlis Tadarus al Quran (MTAQ) peringkat daerah Port Dickson yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada jam 2 petang tadi. Majlis ini berlangsung di SMK Raja Jumaat, Lukut dalam suasana hujan yang turun dari awal pagi.

Namun begitu, SKTK yang menghantar peserta di dalam beberapa acara telah berjaya merangkul kedudukan seperti berikut;

Naib Johan Tulisan Khat Sekolah Rendah dan
Naib Johan Bercerita Kisah al Quran (Adik Izzah Khairiah)

Johan keseluruhan majlis pada tahun ini telah dirangkul oleh SK Port Dickson bg kategori sekolah rendah dan SMA Telok Kemang bagi kategori sekolah menengah.

Semoga pencapaian dan prestasi sekolah dapat dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid yang mengambil bahagian  dan guru-guru penasihat dan guru-guru pengiring yang telah memberikan bantuan dan semangat.



Karnival Nasyid MPPD : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersempena Karnival Ulangtahun Sedekad MPPD, pihak sekolah telah menghantar Pasukan Nasyid yang dipimpin oleh Ustazah Zalehar, Ustazah Che Bedah dan Cikgu Mohd Nor.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 30 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat.

Pasukan nasyid sekolah telah merangkul tempat Ketiga di dalam pertandingan ini yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Mereka berjaya membawa balik wang sebanyak RM700 dan sijil penyertaan. TAHNIAH! dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan kejayaan seperti ini.

Karnival Uniti-Karangkraf : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersempena dengan Karnival Uniti dan Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Uniti, Pasir Panjang..sekolah telah menghantar seorang wakil untuk bercerita.

Seperti biasa, adik Nor Hazwani binti Hasnin dari kelas tahun enam telah merangkul Johan pada pertandingan bercerita di karnival tersebut. Beliau yang sebelum ini telah banyak memenangi pertandingan sedemikian berjaya membawa balik hadiah wang tunai dan sijil penyertaan.

TAHNIAH diucapkan kepada adik Hazwani dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing serta keluarga yang telah memberikan sokongan padu di dalam memastikan kejayaan tersebut.

Saturday 17 March 2012

Pengumuman : Pengoperasian Standard Guru Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

PERHATIAN kepada semua guru-guru di SKTK.

Makluman bahawa Bahagian Pendidikan Guru, KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) pada semua warga pendidik seluruh negara. Tempoh pengisian instrumen peringkat BPG adalah pada 31 Mac 2012. Bagi yang belum melaksanakan pengisian instrumen tersebut boleh klik pada pautan di bawah;


 (http://apps.moe.gov.my/sgm)


Sila klik pada pautan di atas untuk mengisi aplikasi tersebut. Anda diminta untuk mendaftar sebelum menjawab soalan instrumen tersebut. Arahan akan diberikan selanjutnya.


Untuk peringkat sekolah, tarikh tutup instrumen tersebut pada 23 Mac 2012 dan ianya dibawah kawal selia Guru Data sekolah Ust. Mohd Azam bin Mansor.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda. Terima kasih.

Monday 12 March 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Musim cuti persekolah pertengah penggal pertama pastinya ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik dan juga murid-murid. Tetapi bukan semua daripada kita yang bercuti. Di sekolah mungkin terdapat kelas tambahan tahun enam. Buat guru-guru yang bertugas di sekolah pada musim cuti sekolah ini diharap bersabar dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa mengajar. Begitu juga dengan murid-murid tahun enam yang mengikuti kelas tambahan dinasihatkan agar tidak menguzurkan diri serta ponteng kelas. Program-program yang dirancang ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Pihak admin blog ini juga dimaklumkan bahawa terdapat kelas latihan Chorus Speaking yang dilatihan oleh Cikgu Nizam dan kelas latihan Action Songs oleh Teacher Hafizan..Tahniah! semoga berkat usaha anda juga bakal beroleh kejayaan pada pertandingan akan datang.

Untuk makluman juga, 2 orang pelajar kita dari tahun 6 iaitu Muhammad Syafiq Akmal bin Azmi dan Muhammad Izzudin bin Abd Razak telah mengikuti kem Latihan Pusat Hujung Minggu Ragbi MSSNS 2012 yang diadakan di  SMK King George V di Seremban pada 9-11 Mac 2012.

Semoga cuti sekolah selama seminggu ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh semua murid-murid dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Nasihat dari cikgu agar semua murid dapat menjaga kesihatan sepanjang musim cuti sekolah ini dan jangan lupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi sebelum cuti sekolah yang lepas. Keputusan Ujian Bulanan Februari juga akan diketahui selepas buka sekolah nanti.

Sekian, selamat bercuti!


Wednesday 7 March 2012

Ujian Bulan Februari 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Bermula minggu lepas Ujian Bulan Februari telah dijalankan serentak satu sekolah. Namun, bagi murid yang berada di tahap 2 mereka telah menduduki ujian sejak Jumaat yang lepas bersamaan 2 Februari 2012. Bagi murid yang berada di Tahun 3 mereka mula menduduki ujian bermula minggu ini dari 5 Februari 2012 (Isnin) sehingga 9 Februari 2012 (Jumaat).

Jadual ujian telah diedarkan oleh guru kelas dan diharap semua murid dapat menumpukan perhatian di dalam ujian pada kali ini. Semoga tahap prestasi dan pencapaian murid-murid pada ujian kalai ini lebih baik dari ujian-ujian yang lepas.

Akhir kata, untuk semua murid diucapkan Selamat Maju Jaya dan selamat menjalani ujian dengan tenang dan dilapangkan dada ketika menjawab soalan ujian.

Kepada semua guru diucapkan selamat menanda kertas ujian dengan sabar dan tenang :)

Sekian, jumpa lagi!

Jangan jadi macam ni ya! :)

Tuesday 28 February 2012

Pengumuman : KAFA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Berikut adalah perubahan jadual Kelas Agama (KAP) Tahun 2012 yang akan berkuatkuasa 1 Mac 2012..Perubahan ini adalah sebagai tambahan satu jam waktu belajar di dalam seminggu . Penyelarasan ini adalah dilaksanakan diseluruh Negeri Sembilan di bawah kuasa eksekutif YAB. Menteri Besar sendiri.


JADUAL WAKTU KELAS AGAMA PETANG 2012


(Sila klik pada gambar untuk zoom)


Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan pelajar diminta mengambil perhatian terhadap perubahan jadual waktu ini. 

Sekian, terima kasih.

Sunday 26 February 2012

Langkah Pertama

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Usaha untuk mewujudkan sebuah blog sekolah ini adalah inisiatif dari beberapa orang guru. Rasional yang paling penting adalah segala perkongsian maklumat dan aktiviti dapat disalurkan di dalam blog ini. Selain itu, pihak pengurusan amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan demi kebaikan semua.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan blog ini berharap agar dengan kewujudan semula blog sekolah ini dapat membantu semua pihak. marilah kita bersama-sama menghidupkan semula blog sekolah ini.

Sekian.