Monday 12 March 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Musim cuti persekolah pertengah penggal pertama pastinya ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik dan juga murid-murid. Tetapi bukan semua daripada kita yang bercuti. Di sekolah mungkin terdapat kelas tambahan tahun enam. Buat guru-guru yang bertugas di sekolah pada musim cuti sekolah ini diharap bersabar dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa mengajar. Begitu juga dengan murid-murid tahun enam yang mengikuti kelas tambahan dinasihatkan agar tidak menguzurkan diri serta ponteng kelas. Program-program yang dirancang ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Pihak admin blog ini juga dimaklumkan bahawa terdapat kelas latihan Chorus Speaking yang dilatihan oleh Cikgu Nizam dan kelas latihan Action Songs oleh Teacher Hafizan..Tahniah! semoga berkat usaha anda juga bakal beroleh kejayaan pada pertandingan akan datang.

Untuk makluman juga, 2 orang pelajar kita dari tahun 6 iaitu Muhammad Syafiq Akmal bin Azmi dan Muhammad Izzudin bin Abd Razak telah mengikuti kem Latihan Pusat Hujung Minggu Ragbi MSSNS 2012 yang diadakan di  SMK King George V di Seremban pada 9-11 Mac 2012.

Semoga cuti sekolah selama seminggu ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh semua murid-murid dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Nasihat dari cikgu agar semua murid dapat menjaga kesihatan sepanjang musim cuti sekolah ini dan jangan lupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi sebelum cuti sekolah yang lepas. Keputusan Ujian Bulanan Februari juga akan diketahui selepas buka sekolah nanti.

Sekian, selamat bercuti!


No comments:

Post a Comment