Saturday 31 March 2012

MTAQ 2012 : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Majlis Tadarus al Quran (MTAQ) peringkat daerah Port Dickson yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada jam 2 petang tadi. Majlis ini berlangsung di SMK Raja Jumaat, Lukut dalam suasana hujan yang turun dari awal pagi.

Namun begitu, SKTK yang menghantar peserta di dalam beberapa acara telah berjaya merangkul kedudukan seperti berikut;

Naib Johan Tulisan Khat Sekolah Rendah dan
Naib Johan Bercerita Kisah al Quran (Adik Izzah Khairiah)

Johan keseluruhan majlis pada tahun ini telah dirangkul oleh SK Port Dickson bg kategori sekolah rendah dan SMA Telok Kemang bagi kategori sekolah menengah.

Semoga pencapaian dan prestasi sekolah dapat dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid yang mengambil bahagian  dan guru-guru penasihat dan guru-guru pengiring yang telah memberikan bantuan dan semangat.



Karnival Nasyid MPPD : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersempena Karnival Ulangtahun Sedekad MPPD, pihak sekolah telah menghantar Pasukan Nasyid yang dipimpin oleh Ustazah Zalehar, Ustazah Che Bedah dan Cikgu Mohd Nor.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 30 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat.

Pasukan nasyid sekolah telah merangkul tempat Ketiga di dalam pertandingan ini yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Mereka berjaya membawa balik wang sebanyak RM700 dan sijil penyertaan. TAHNIAH! dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menghasilkan kejayaan seperti ini.

Karnival Uniti-Karangkraf : Keputusan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bersempena dengan Karnival Uniti dan Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Uniti, Pasir Panjang..sekolah telah menghantar seorang wakil untuk bercerita.

Seperti biasa, adik Nor Hazwani binti Hasnin dari kelas tahun enam telah merangkul Johan pada pertandingan bercerita di karnival tersebut. Beliau yang sebelum ini telah banyak memenangi pertandingan sedemikian berjaya membawa balik hadiah wang tunai dan sijil penyertaan.

TAHNIAH diucapkan kepada adik Hazwani dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing serta keluarga yang telah memberikan sokongan padu di dalam memastikan kejayaan tersebut.

Saturday 17 March 2012

Pengumuman : Pengoperasian Standard Guru Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

PERHATIAN kepada semua guru-guru di SKTK.

Makluman bahawa Bahagian Pendidikan Guru, KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) pada semua warga pendidik seluruh negara. Tempoh pengisian instrumen peringkat BPG adalah pada 31 Mac 2012. Bagi yang belum melaksanakan pengisian instrumen tersebut boleh klik pada pautan di bawah;


 (http://apps.moe.gov.my/sgm)


Sila klik pada pautan di atas untuk mengisi aplikasi tersebut. Anda diminta untuk mendaftar sebelum menjawab soalan instrumen tersebut. Arahan akan diberikan selanjutnya.


Untuk peringkat sekolah, tarikh tutup instrumen tersebut pada 23 Mac 2012 dan ianya dibawah kawal selia Guru Data sekolah Ust. Mohd Azam bin Mansor.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda. Terima kasih.

Monday 12 March 2012

Selamat Bercuti

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Musim cuti persekolah pertengah penggal pertama pastinya ditunggu-tunggu oleh semua warga pendidik dan juga murid-murid. Tetapi bukan semua daripada kita yang bercuti. Di sekolah mungkin terdapat kelas tambahan tahun enam. Buat guru-guru yang bertugas di sekolah pada musim cuti sekolah ini diharap bersabar dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa mengajar. Begitu juga dengan murid-murid tahun enam yang mengikuti kelas tambahan dinasihatkan agar tidak menguzurkan diri serta ponteng kelas. Program-program yang dirancang ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Pihak admin blog ini juga dimaklumkan bahawa terdapat kelas latihan Chorus Speaking yang dilatihan oleh Cikgu Nizam dan kelas latihan Action Songs oleh Teacher Hafizan..Tahniah! semoga berkat usaha anda juga bakal beroleh kejayaan pada pertandingan akan datang.

Untuk makluman juga, 2 orang pelajar kita dari tahun 6 iaitu Muhammad Syafiq Akmal bin Azmi dan Muhammad Izzudin bin Abd Razak telah mengikuti kem Latihan Pusat Hujung Minggu Ragbi MSSNS 2012 yang diadakan di  SMK King George V di Seremban pada 9-11 Mac 2012.

Semoga cuti sekolah selama seminggu ini dapat dimanfaatkan dengan baik oleh semua murid-murid dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Nasihat dari cikgu agar semua murid dapat menjaga kesihatan sepanjang musim cuti sekolah ini dan jangan lupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi sebelum cuti sekolah yang lepas. Keputusan Ujian Bulanan Februari juga akan diketahui selepas buka sekolah nanti.

Sekian, selamat bercuti!


Wednesday 7 March 2012

Ujian Bulan Februari 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Bermula minggu lepas Ujian Bulan Februari telah dijalankan serentak satu sekolah. Namun, bagi murid yang berada di tahap 2 mereka telah menduduki ujian sejak Jumaat yang lepas bersamaan 2 Februari 2012. Bagi murid yang berada di Tahun 3 mereka mula menduduki ujian bermula minggu ini dari 5 Februari 2012 (Isnin) sehingga 9 Februari 2012 (Jumaat).

Jadual ujian telah diedarkan oleh guru kelas dan diharap semua murid dapat menumpukan perhatian di dalam ujian pada kali ini. Semoga tahap prestasi dan pencapaian murid-murid pada ujian kalai ini lebih baik dari ujian-ujian yang lepas.

Akhir kata, untuk semua murid diucapkan Selamat Maju Jaya dan selamat menjalani ujian dengan tenang dan dilapangkan dada ketika menjawab soalan ujian.

Kepada semua guru diucapkan selamat menanda kertas ujian dengan sabar dan tenang :)

Sekian, jumpa lagi!

Jangan jadi macam ni ya! :)